Malay English

KM8, Jalan Tun Hussein Onn, Peti Surat 607, 97008 Bintulu, Sarawak
Tel: 086-332615 | Fax: 086-313851

PT3 Countdown 13.10.2014 08:00
STPM Countdown 13.11.2014 08:00

SPM CountDown Timer

SPM Countdown 03.11.2014 08:00

SMKBBprofile

E-operasi

Oct 23 Written by

Semua guru dikehendaki mengemaskinikan data masing masing di dalam sistem E-Operasi. Selepas mengemaskini maklumat, tolong sahkan dalam menu peribadi Tarikh penverifikasian data akan dilakukan pada 30 Oktober 2014 di PPD Bintulu. Jika ingin mengemaskini maklumat yang tidak dapat dilakukan sendiri, perlulah dimaklumkan kepada Penolong Kanan 1 atau Guru Data Sekian, terima kasih..

Lagu Sekolah

Aug 02 Written by

LAGU SEKOLAH

SMK BANDAR BINNTULU

 

Kekal Abadi

Sekolah Menengah Bandar Bintulu
Sekolah yang mulia
Di sini kami bercita-cita
Memaju bangsa negara

Sekolah Menengah Bandar Bintulu
Sekolah yang berjasa
Kami berdoa semua sejahtera
Kekal abadi sentiasa

Kepada sekolah kami ingat
Hati semarak penuh semangat
Segala didikan kami hargai sangat
Pelajaran baik disambut hangat

Wahai Sekolah Menengah Bandar
Namamu tetap mengharum
Doa dan harapan kami sandar
Kemuncak cita-cita menguntum

Kepada sekolah kami ingat
Hati semarak penuh semangat
Segala didikan kami hargai sangat
Pelajaran baik disambut hangat

Demi Sekolah Menengah Bandar
Pendidik Pelajar satu hati
Menegak memurni janji dan ikrar
Hidup Kekal Abadi
Hidup Kekal Abadi

 

 

Logo Sekolah

Aug 02 Written by

LOGO

SMK BANDAR BINTULU

 

LOGOSEKOLAH 

Pengertian Logo

Progresif: Cogankata sekolah bermakna berhaluan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang ke arah kemajuan. Cogankata sekolah yang akan menjadi perancang kepada pelajar-pelajar sekolah ini untuk sentiasa memperbaiki diri dalam apa jua bidang yang diceburi, khususnya di bidang akademik hingga ke peringkat yang tertinggi sesuai dengan kehendak Masyarakat dan Negara.

Dua Rangkai Bunga Padi: Dengan megahnya melambangkan usaha yang membuahkan hasil yang menjadi cita-cita Masyarakat dan Negara. "Ada Padi Semua Boleh Jadi" merupakan perangsang dan nadi tenaga untuk mencapai satu-satu matlamat.

Buku: Lambang Ilmu Pengetahuan, merupakan bahan ilmiah yang dapat memberi panduan kepada pelajar-pelajar.

Pelita: Melambangkan pelajar yang cerah hidupnya. (Pelita Malaysia) dengan bersendikan ilmu pengetahuan.

Warna Hijau: Melambangkan kesuburan dalam pelajaran. "Kesuburan" yand dimaksudkan di sini ialah aktif dan berminat dalam pelajaran.

Warna Biru: Melambangkan ketekunan, kesuburan dan kecekalan hati dalam menghadapi masalah yang merintangi pelajaran dan pembelajaran.

Kedua-dua warna ini (Hijau dan Biru) berjalan seiring dan ia merupakan tunggak untuk membentuk pelajar-pelajar yang Progresif.

 

MOTO SEKOLAH / COGANKATA

“PROGRESIF”

 

 

 

SLOGAN / TEMA SEKOLAH 

“ Bersama Menuju Ke Arah Kegemilangan”

 

Piagam Pelanggan

Aug 02 Written by

PIAGAM PELANGGAN

SMK BANDAR BINTULU

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  1. Memastikan sekolah bersedia untuk mula mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  2. Mengurus tenaga pengajar dengan berkesan mengikut bidang kepakaran masing-masing dan memastikan data keperluan guru sentiasa kemaskini supaya permintaan pembekalan guru adalah mengikut keperluan sekolah.
  3. Menyediakan dan melaksanakan program kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah dengan berkesan.
  4. Mengurus dan menyenggara kemudahan-kemudahan fizikal supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berguna.
  5. Memastikan semua jenis permohonan diproses oleh sekolah dalam tempoh tidak melebihi satu bulan dari tarikh permohonan diterima.
  6. Menguruskan dan memproses masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.
  7. Mengurus pencalonan pengisian kekosongan jawatan Guru Penolong Kanan dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.
  8. Memastikan tuntutan daripada guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh tuntutan diterima.
  9. Memastikan semua urusan peperiksaan awam dilaksanakan tanpa cacat
  10. Memastikan pengurusan kewangan dilakukan mengikut prosedur sedia ada, secara telus, efektif dan mempunyai akauntabiliti tinggi.
  11. Memastikan Jabatan Pelajaran sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:

a) sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang segera, mesra, dan tepat

b) menentukan segala surat aduan dan rayuan diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat itu diterima

       12.    Bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak 

                demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan nama baik jabatan.

Sejarah

Aug 02 Written by

SEJARAH SEKOLAH

SMK Bandar Bintulu bermula pada awal tahun 1982, dipimpin oleh Pengetua Tuan Haji Bakeri Yusuf dengan berkongsi bangunan dengan SRK Kampung Baru, ketika itu SMK Bandar Bintulu hanya mempunyai 8 orang guru dan 5 buah kelas sahaja iaitu kelas Peralihan dan Tingkatan 1.

Pada 8 Ogos 1988, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru, di KM8, Jalan Tun Hussein Onn. Pada tahun 1996, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A.

Kini SMK Bandar Bintulu mempunyai 71 buah kelas, 2600 pelajar dengan tenaga pengajar 156 orang dan 15 orang staf sokongan.